Emas Putih Ialah Duta Kepada Produk Kecantikan ........

Emas Putih Ialah Duta Kepada Produk Kecantikan ........ | Salam. Mesti ramai yang tertanya-tanya kan yang uzu sebenarnya jadi duta produk apa? Haaaa.. Bagi yang masih blur baca entry duta duta ni, boleh tengok baca dan terjah entry uzu sebulan lebih yang lalu Alhamdulillah..Dapat Tawaran Menjadi Duta !

Uzu tak bagitau awal-awal uzu jadi duta apa.. Takut tak confirm lagi.. Takut tak jadi. Haaa kang malu lak kan? Heboh-heboh tapi tak jadi... So setelah persetujuan dan sepakat dibuat, uzu pun p photoshoot di studio my favourite photographer, Dak Teropong ! Dan hasilnya.........

Sebenarnya produk ni ialah produk Citra Mulia. Produk baru lagi dipasaran . Tengah dalam mempromosikan lagi.. So, memang sekarang ni ramai tak kenal lagi mengenai produk ni, tapi InsyaAllah nanti korang akan kenal jugak kan? Heeeee ni uzu bagitau ni.. kira dah tau lah kan? kan? kan? dah kenal kan? haaaa...

Ada 20+ produk yang uzu shoot malam tu tapi uzu upload 3 gambar je.. Nak upload banyak-banyak buat apa? Haha.. Kang korang  pengsan dan terpaku dengan kejelitaan sementara uzu ni.. *ewah* .. Hee memain je..

Btw, terima kasih kepada Citra Mulia kerana mempercayai uzu tuk jadi model/duta produk diorang. Actually, duta ni takde kontrak dan bila takde kontrak, assume jadi model je.. Heee so sape nak lantik uzu jadi duta.. masih available ni.. kahkahkah! Berangan je mampu.. hihi..

ok lah. uzu ngantuk ni. Lega report praktikal dah hampir siap.. Tadi bukan main serabut lagi.. Bila dah lega, senang hati nak update blog ! Haaaaaaa k bye Salam semua :)

23 comments