Dijemput Hadir Ke KBBA Blogger's Day Out Esok !


Dijemput Hadir Ke KBBA Bloggers Day Out Esok ! | Salam semua. Esok dah hari Ahad.. Wihuuu!! Tak sabarnya nak tunggu esok... Yelaaaaaa esok kan aktiviti KBBA terbesar untuk tahun ni.. Tapi untuk tahun ni actually ada lagi 2 aktiviti besar yang bakal menyusul.. Lagi lah tak sabar... Huhu..Btw, aktiviti tuk esok ialah KBBA Blogger's Day Out yang diadakan di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. 

Nak hampir sebulan we olls plan benda ni, urus itu dan ini, mencari sponser dan lain-lain. Kami dari #kelabbloggerbenashaari urus sendiri aktiviti ni dari A-Z , so memang busy tapi dengan adanya kerjasama semua pihak, alhamdulillah semua berjalan lancar.. Tunggu esok je ni..

Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya terletak di Cyberjaya, berjiran dengan Putrajaya.. Dekat sangat-sangat kalau dari hostel uzu kat Bangi ni haaa. Nak ke Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ni pun waze je insyaAllah sampai.

Apa yang menarik di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ?
  • Wujud sejak 2006
  • Berhampiran Universiti Multimedia (MMU)
  • Bersebelahan Majlis Perbandaran Sepang
  • Menyediakan fasiliti / kemudahan sukan seperti driving range , gelangang tenis , paintball , sirkit go kart , kolam renang , gelanggang futsal , gelanggang badminton , gelanggang badminton , gelanggang bola keranjang , gelanggang bola tampar , gelangagang squash , gymansium , dan studio menari.
  • Tempahan majlis dewan meraokan hari bahagia , mesyuarat dan reunion yang mampu menampung sehingga 500 - 700 pengunjung dalam satu masa. Catering boleh ditempah terus di Bayou Coffee House di situ. 

Untuk maklumat dengan lebih lanjut , boleh hubungi 03 - 8318 0008 atau terjah instagram KKTTC ; @kelabkomuniticyberjaya .

Dan dijangka hampir 100 blogger akan memyertai aktiviti - aktiviti sepanjang program yang telah dirancangkan. Antara acara yang akan dijalankan nanti seperti golf , badminton , paintball. Perubahan cara permainan tidak seperti biasa tetapi telah diubahsuaikan dengan lebih mencabar bagi menguji dari segi mental , fizikal dan kerjasama berpasukan di kalangan blogger.

Ramai yang bertanya untuk turut serta tapi sayangnya tidak dibuka secara umum tetapi orang ramai sangat digalakkan untuk datang beramai - ramai bagi memeriahkan program dengan memberi sokongan kepada rakan blogger yang mengambil bahagaian dalam acara sepanjang hari.

Sekalung tinggi penghargaan kepada penaja - penaja yang telah turut sama menjayakan program KBBA Blogger's Day Out : 

Cyberview , Cyberjaya : www.cyberview.com.my
Yeos's Malaysia : www.yeos.com.my
Stamp & Print Enterprise : www.stampnprint.blogspot.com
Natalia : www.natalia.my

So, sesiapa yang nak p mennjalainkan silaturahim, boleh lah datang ye jenguk-jenguk atau nak beramah mesra dengan blogge-blogger lain.. Jangan risau.. Ini terbuka.. Bukan untuk #kelabbloggerbenashaari je, semua blogger dari pelbagai komuniti pun boleh datangg tau! Haaaa... Jumpa korang kat situ yeeee...datang tauuu jangan tak datang..hihi. Salam!


2 comments