Majlis Akad Nikah Sepupu Tersayang Siti Nur Aidah Tarip & Mohd Arzol

Majlis Akad Nikah Sepupu Tersayang Siti Nur Aidah Tarip & Mohd Arzol  | As-Salam. Yes ini lah reason utama uzu balik ke Sabah setelah hampir 7 bulan tak balik Sabah disebabkan kekangan masa yang padat dengan kerja dan event-event dan job blogging. Fuh..Bajet retis nak sibuk. Haha! So... ni wedding cousin paling rapat sekali.. Dia ni lah cousin yang uzu cerita dalam entry "wei, lusa aku tunang!" yang telah dapat 2000views.. Yang kononnya ingat uzu yang bertunang.. kah!
Alhamdulillah lepas bertunang dalam 5 bulan, kazen uzu ni dah pun selamat diijabkabul kelmarin. di petang jumaat yang penuh berkat 13.03.15 dengan pasangannya Mohd Arzol Rahaban di Kg Talon Bongawan pada jam 14.23 petang..  Abah lagi neves dari pengantin ni.. Hahaha.. Lawak bila mengenangkan bila Abah as a wali salah sebut nama lelaki. hahaha.... Rilekss abahh rileksss...
Seperti biasa, sapa-sapa je kahwin, kazen uzu ke, BFF uzu ke, Kakak uzu ke..mesti uzu yang excited lebih... Hahaha well... nak menumpang perasaan happy yang tak terbelah bagi ni...Orang-orang yang kita sayang dah pun berada di tahap kebahagian yang  mereka tunggu selama ni.. Huhuhu penat tukar boyfriend sampai 20x rupanya jodohnya di tempat kerjanya .. huhuhuhuhu.. *tipu je bab 20x tu*
Dan.. seperti biasa.. Bila di majlis kahwin, konfem lah makcik pakcik sepupu sepapat saudara mara kan tanya... "kau bila lagi?" ... ahhhhhh suda.. Nak lari pun tak leh... Kalau diikutkan, memang turn uzu lagi ni kena tunggu ni. Hahaha...Takpe lah.. Belum seru datang. Hehe.. Uzu kan masih study.. *adakahitualasan?* .. Dahulukan adik uzu yang insyaAllah bakal bertunang raya ni..Siapa lagi nak langgar bendul pun silakan.. Hahaha...Orang yang sambung study ni memang kahwin lewat sikit. Eh!
Sekali lagi.. alhamdulillah sebab majlis berjalan dengan lancar.. Malam ni pula ada majlis berinai dan bergambus. Well, kalau perkahwinan orang-orang brunei ni memang ada majlis berinai atau pun majlis berbadak nye orang brunei... Kah! Pekat sangat bruneinya... Huhu..

Yeahhhhhh ter-Update juga blog tuk hari ni! Yeahhhhhh.. Hehehe... Beta nak mengundurkan diri. . Beta nak mandi.. Nak ambik adik kesayangan beta di Menumbuk.(Sempadan Sabah-Labuan) Ketemu lagi next entry ye...Salam... :)


10 comments