Buat Aduan Masalah Telekomunikasi/Media Anda Di CFM


Buat Aduan Masalah Telekomunikasi/Media Anda Di CFM | As-salam. Pasti ramai yang tertanya-tanya apa itu CFM ! CFM ni stands for Consumer Forum of Malaysia. Maksudnya Forum Pengguna Malaysia. Haaa nak kena ayat orang Melayu baru faham. kehkehkeh..

Ok lah , ni Uzu nak explain sikit apa itu CFM..
  • Menyediakan   saluran   tambahan   untuk   aduan   susulan,   mengendali pertikaian dan rungutan yang tidak dapat diselesaikan oleh pembekal perkhidmatan.
  • Memberikan cadangan (bergantung kepada situasi)
  • Menggalakkan pengguna untuk mengamalkan kawal selia kendiri (pemantuan)
  • Menjalankan kempen kesedaran mengenai hak-hak pengguna.
  • Membangunkan kod-kod pengguna untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah pada tahap mutu yang memuaskan.
In case lah korang ada masalah bil fon cas mahal, internet cepat habis kuota, takde line fon ke, haaa korang kena buat aduan dulu kat pembekal perkhidmatan. Contohnya kalau rumah korang takde line Digi, haa kena lah buat aduan ke Digi dulu, kalau takde respon, dah berkali2 buat aduan pun masih takde maklum balas, baru korang boleh buat aduan kat CFM.

Perkhidmatan CFM
CFM ada beberapa saluran, di mana pengguna boleh akses portal mereka di www.aduan.cfm.org.my. Kelebihan menggunakan portal ini ialah pengguna boleh memeriksa status aduan mereka pada bila-bila masa. Pengguna juga boleh  menghubungi mereka di 1-800-18-2222  atau  emel  terus ke aduan@cfm.org.my. Pengguna juga boleh mendapatkan pelbagai info dan tips tentang industri komunikasi dan multimedia di portal mereka iaitu www.infokonsumer.my .

Jenis- Jenis  aduan yang korang boleh laporkan kepada CFM
  • Pertikaian bil dan caj, caj yang tidak dilanggan/digunakan, caj yang tidak betul
  • Kualiti liputan tidak memuaskan seperti kelajuan internet yang perlahan, panggilan terputus, tiada liputan atau liputan tidak memuaskan
  • Lain-lain seperti SMS, promosi/iklan yang mengelirukan, data peribadi digunakan untuk melanggan atau mendaftar perkhidmatan
  • Ini adalah untuk semua perkhidmatan Komunikasi & Multimedia seperti telefon talian tetap dan telefon mudah alih, internet, TV berbayar, TV biasa, radio, SMS
Terdapat 5 aduan yang kerap dilaporkan pengguna
1. Bil dan caj (1,828 kes)
Caj perantauan atau roaming
  • Pengadu biasanya menyatakan mereka kurang maklumat tentang caj perantauan sebelum mereka meninggalkan negara @ ketika berada di luar Negara .
  • Caj perantauan antarabangsa yang terlalu tinggi adalah perkara yang tidak diambil berat oleh kedua-dua pihak pengguna dan pembekal perkhidmatan .
  • Untuk perantauan mel suara, pengguna tidak peka yang mana mereka perlu menyahaktifkan sistem mel suara apabila di luar negara untuk mengelakkan dicaj sebagai panggilan dari luar Negara .
2. Kualiti Perkhidmatan (2,678 kes)
  • Pengadu menyatakan kesukaran untuk menghubungi nombor perkhidmatan pelanggan .Pengadu pernah membuat aduan kepada pembekal perkhidmatan tetapi pembekal tidak menyelesaikan aduan .
  • Keputusan yang dijanjikan tidak berlaku dan pembekal perkhidmatan gagal memberikan pampasan/resolusi yang memuaskan .
3. Kualiti Liputan (717 kes)
  • Pengadu banyak mengadu tentang isu berkaitan kelajuan internet/sambungan, perkhidmatan tergendala, pemasangan & pengaktifan .
  • Aduan berkaitan dengan sambungan internet dan perkhidmatan tergendala .
  • Disebabkan kemungkinan liputan tidak dapat menampung jumlah pengguna yang menggunakan perkhidmatan .
  • Aduan berkenaan kelajuan yang kurang memuaskan ataupun sambungan yang sering terputus .
4. SMS (511 kes)
  • Aduan banyak tertumpu kepada penolakan kredit apabila mendapat SMS spam atau SMS yang tidak dilanggan .
  • Nombor kod pendek (shortcode¬) yang mengelirukan pengguna; sama ada daripada pembekal perkhidmatan atau syarikat aplikasi telefon .
5. Promosi Tidak Benar (256 kes)
  • Maklumat yang tidak tepat diberikan berkenaan dengan pakej perkhidmatan dan kadar caj yang menyebabkan kesilapan apabila mendaftar .
  • Maklumat di dalam iklan tidak jelas. Contoh, pengguna boleh menikmati kelajuan internet pada had tertentu tanpa diberitahu sebarang penafian .
Untuk mengetahui tips-tips berguna berkenaan telekomunikasi, pengguna juga boleh ke portal CFM iaitu www.cfm.org.my

Website aduan CFM : www.complaint.cfm.org.my

Oh ya! Uzu nak bagitau. Sekarang CFM sedang jalankan contest tau.. Nama contest tu "Name the CFM Mascot & Win”. .. 

Hadiahnya adalah Iphone 6, Ipad Mini, Ipad Mini 3 dan hadiah mingguan! Contest ini bermula 2 Mac 2015 sehingga 31 Mac 2015. Senang sahaja nak menang. Hanya perlu beri nama yang unik dengan cara yang kreatif! Tak kisah la dalam bentuk pantun ke, seloka ke, gambar ke. Janji unik dan kreatif! Hantarkan penyertaan anda di SINI.


1 comments