Salon Muslimah Afiya Di Taman Melati, Kuala Lumpur

Salon Muslimah Afiya Di Taman Melati, Kuala Lumpur | Salam semua. Alhamdulillah.. Untuk makluman, ni salon muslimah pertama yang uzu jumpa dalam seumur hidup uzu.. hehe.. selama ni uzu dengar je. Fuhhh.. Nampak sangat tak ambik serius bab aurat bila ke salon.. hurm.. :(

Sabtu lalu, uzu di jemput ke majlis perasmian salon muslimah afiya di Taman Melati. Ni pengalaman baru untuk uzu sebab bila kena invite tu, uzu nak tau actually salon muslimah ni macam mana eh rupanya? Apa beza dengan salon biasa? Macam-macam juga dalam fikiran ni..
Macam ni ler rupa salon muslimah tu. Dalam ni semua tertutup. Lelaki tak dibenarkan sama sekali masuk untuk menghormati muslimah-muslimah kat sini. Kalau ada suami ke yang datang sekali kat salon muslimah ni, jangan risau, ada ruangan tempat menunggu untuk si suami/lelaki.

Perkkhidmatan yang ditawarkan..
 Tempat mencuci rambut..
Bilik untuk facial dan berurut..
Alhamdulillah, di majlis perasmian Salon Muslimah Afiya ni, perasmian dibuat oleh Ustazah Isfadiah dan tak lupa juga ada 2 artis yang turut sama hadir iaitu Ana Rafali dan Fiza Ibrahim. Sebelum perasmian, Ustazah Isfadiah beri sedikit tazkirah sebelum memulakan perasmian :)
So lepas ni, yang kaum muslimah tu, kalau nak mencantikkan diri bolehlah ke Salon Muslimah Afiya yang terletak kat Taman Melati. Area KL lagi so senang nak p kan? Yang area berdekatan tu jangan segan silu singgah ye !! 

Apa pun, thanks kepada Fuad bekas team tonton.my sebab sudi menjemput uzu dan rakan-rakan blogger yang lain tuk majlis perasmian salon musliah afiya ni. Tak lupa juga kepada owner yang ramah tamah melayan kami, Kak Nana.. Semoga salon ni membawa berkat pada kak nana dan bisnes ni sentiasa maju. Hehe Amin..


Alamat :
Salon Muslimah Afiya,
Tingkat 1, Melati Utama
Kuala Lumpur
Waktu beroperasi: 10 AM – 7 PM
No Telefon: +60122466775 (Puan Nana)


9 comments