Pengalaman Pertama Servis Kereta !

Pengalaman Pertama Servis Kereta ! | As-Salam. Selamat pagi pembaca ku sekalian. Hari ni rasa nak update blog, tapi takde idea. Hurm.. Rasanya dari semalam lagi nak update, tapi tak terupdate. Lalu uzu pun membuangkan masa kebosanan dengan membelek gambar ! Dan terjumpa gambar hari tu uzu g servis kereta. Haaaaa leh dijadikan entry ni..

Al-kisahnya hari Isnin yang lalu, uzu tengah pening kat mana nak cari tempat servis kereta area dekat dengan ofis uzu. Kalau dekat tu, senang lah berulang alik kan?. Takde tunggu berjam2. Tanya punya tanya, last-last hakak arkitek suggest ada satu tempat ni. Dia biasa pergi situ. Ownernya melayu. So uzu setuju. She's guide me to drive there. Tapi tempat tu pulak tutup. Nak tak nak uzu pergi tempat lain. Uzu takde masa nak g servis bagai. Sabtu ni dah nak ke Johor. 

Pastu hakak arkitek tu bawa uzu kat tempat servis kereta di area bangi. Kembara Suci Sdn Bhd. Area kat Sg. Merab. Kalau dari hostel uzu sangatlah dekat. 10 minit dah sampai. 

Uzu bajet servis kereta dalam RM100 below. Sebab uzu dengar cerita servis kereta ni antara RM60 keatas macam tu.. Bila sampai kaunter, pegi lah tanya harga. Harga yang di cas ialah... RM163.75 untuk servis minyak hitam dan filter unttuk 5000km Uzu terkejut ! Hah? Mahai nak mampus..over bajet.. Memandangkan dah masuk, terpaksa redha je lahh.. 
Pastu, anggaran adalah dalam masa sejam akan siap ! Uzu pun tunggulah lepak-lepak kat situ sambil duduk di kerusi urut. Nasib baik ada kerusi urut. Kalau takde? Kan dah sakit punggung berjam tunggu. Dalam tu juga ada cafe, so sambil-sambil tunggu boleh makan megi ke, minum teh ke, boleh je... Yang uzu suka sangat tu, ada wifi ! Hehehehehe..
Lepas sejam, kereta pun siap. Yeahhh. Alhamdulillah. uzu tak risau lagi masalah kereta. Kopak purse i. Huhu takpe lah. Janji selamat kan.. Ni first time uzu g servis sendiri so uzu bukan tau pape pun. Pengalaman hari tu insyaAllah akan jadi pengalaman masa akan datang, InsyaAllah Thank You.

Sekian untuk hari ni. As-Salam :)

18 comments