Cabaran 30 Hari : 3 Perkara Yang Anda Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih #day5

As-Salam

Cabaran 30 Hari : 3 Perkara Yang Anda Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih #day5 | Weii ta baik tau task yang ke-5 ni. Sangat mencabar. Silap sikit boleh gaduh weiii. Hahaha :D

Task ni pun suka-suka je. Nama pun cabaran kan? So kena update jugak . Tapi kan.. rasa macam nak demam ja. Boleh tak kalau skip benda ni? Hahahaha. Kuajaqqq gila sapa yang create task yang ke-5 ni. Haha. ok lah ok lah. Sporting punya pasal.. ter-paksa lah jawab kan. terpaksa tau !

3 Perkara Yang Anda Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih ?

1. Hangggg kuajaqqq eh bercinta dengan aku tapi kahwin dengan orang lain? Penampaq nak? Penat tau 2 tahun setia ngan awak ! awak balas macam ni ehhh . Lepas dah kahwin, boleh pulak nak jadi Best Friend Forever ? Memang tak lah. Ingat uzu ni apa? Ang memang nak mintak kaki !

2. Maaf kepada kekasih-kekasih yang pernah uzu tinggalkan demi lelaki yang dimaksudkan di atas. Mungkin uzu terlalu setia sampai tolak tepi lelaki yang lain. Yes ! Setia dalam kebodohan. *sobsobs*

3. Tapi walaubagaimana pun, terima kasih atas segala jasa baik, kasih sayang, pengorbanan, makan minum, kesabaran, kegembiraan,  gelak tawa, teguran dan nasihat  serta mengubah uzu kearah yang baik. Sorry sebab tak sempurna dimata awak sehingga memilih yang lain *kuajaqqsungguhaihhhhhh*

Haaa tu je lah nak cakap sebenarnya.. Tapi semua ni dugaan . Perancangan Allah. Allah dah tentukan semuanya. Ada hikmah. Sama ada tuk kita belajar melaluinya atau dia belajar melalui kita. Allahualam. 

Nak tambah lagi lah..

4. Saya maafkan awak..  Sebab saya pemaaf orangnya. Sebab saya tak nak berdendam atas balas dendam. Cuma saya berharap Allah membalas dan membuka mata hati awak tu.

5. Saya dah jumpa pakwe baru. Hensem lagi ! Terima kasih tau awak !! ^^v

k bye. Assalamualaikum.

57 comments