Pengalaman Terbaik Di Universal Studio Singapore (USS) #part2

As-Salam

Dah baca Pengalaman Terbaik Di Universal Studio Singapore (USS) #part1 ? Ni uzu update part #2 pulak. Yang belum tengok part #1 boleh tengok kat link tu ye. 
  • Tiket masuk USS ni RM175 (dewasa) dan RM135 (kanak-kanak)
  • Free baucer makanan 10 USG (RM26.00) dan free Baucer shopping 10 USG (RM13.00)
Yang ni Sentosa. Nama tempat. Dalam Sentosa ni lah ada Universal Studio Singapore (USS) . Selain USS memang banyak tempat menarik lagi ada kat situ.



Inilah bumi putar-putar yang ramai sangat orang idamkan. Ramai pulak bergambar kat sini.  Bumi tu kat pintu depan masuk USS je . Kalau setakat nak bergambar kat bumi tu, tak yah bayar tiket masuk pun takpe. Hehehe. Bumi ni berpusing tau, lambat pulak tu so kalau nak ambik gambar yang cun, kena tunggu sampai perkataan UNIVERSAL tu nampak. Haaaa baru boleh snap :)






Roller Coaster? Sumpah tak nak naik ! Fewww nasib baik benda ni tutup sampai tahun depan. Dengar cerita ada kes orang jatuh kat situ.


















Tips Sebelum Dan Semasa Berada Dalam USS
  1. Sila tukar duit USG anda di JB sebab kalau tukar duit kat KL mahal (2.40) sikit. Nilai di JB 2.60
  2. Kalau nak p, kena p pagi sebab kalau lambat masuk akan tersangkut lama kat Imigresen
  3. Sila bawa rain coat sebab dalam tu ada mainan yang akan basah atau kena air. Kalau beli rain coat kat USS, 3x ganda mahal
  4. Bawa botol/bekas atau air mineral sendiri sebab kat situ panas dan air sangat diperlukan. Watercooler banyak kat situ so, bawa botol je, boleh refill.
  5. Bawa baju lebih bawa masuk dalam tu. Kemungkinan korang akan basah bila berada di waterworld.
  6. Dilarang bawa masuk chewing gum dalam Singapore
  7. Dibenarkan bawa makan ringan
  8. Bawa la tisu banyak-II sebab panas n akan kuat berpeluh
  9. Kalau nak bawa budak, make sure jaga elok-elok anak-anak anda sbb sangat crowded.
  10. Kalau rasa dah bosan duduk dalam tu, boleh keluar jalan-jalan di area Sentosa. Jangan lupa bagitau orang kat pintu keluar tu, korang akan masuk lagi. So dia akan cop tangan kita . Kalau takde cop tu, kita tak boleh masuk. Hehe
  11. Dinasihatkan kalau nak beli ole-ole jangan beli kat dalam USS sebab mahal. Lain lah kalau korang nak sangat kan. Tempat yang digalakkan ialah kat area Sentosa. Kat luar USS. Kena jalan kaki sikit ke depan. Bersebelahan dengan KFC . Haa situ murah kalau nak beli ole-ole.
Sampai sinilah perkongsian pengalaman dan tips uzu ke USS. Pengalaman yang tak akan dilupakan. Memang best. Tak cukup sehari nak main mainan kat dalam tu. Kalau nak bawa family bercuti kat sini pun not bad. Hehe. So terima kasih sudi membaca.Hehe Assalamualaikum :)


7 comments