Emas Putih Dalam Utusan Malaysia (Blogger Pilihan .Com)

As-Salam

Bertarikh 30.11.13 adalah tarikh di mana uzu keluar paper Utusan Malaysia di ruangan Blogger Pilihan.Com.. Al-kisah bermula bila Blogger Dedeq SMS uzu tadi. Dia cakap tahniah sebab keluar paper. Laju ja uzu bangun online. Bukak instagram, buka facebook ada blogger Zakie tag dan beberapa blogger lain yang tag dan tak lupa kepada kakak uzu yang tersayang.. Lepas tu, laju ja bangun terussssss nak cari paper. Huh! Takda pulak...


Siapa yang belum baca, boleh baca kat sini. Uzu jumpa kat utusan online.

MENAMAKAN blog yang dibina pada pertengahan 2009 sebagai Kisah Emas Putih, Siti Aminah Idrus, 23, mengakui dia adalah seorang pencinta rona merah jambu biarpun tampak bertentangan dengan sifatnya yang agak kasar.Menurut gadis yang lebih mesra dengan panggilan Uzu itu, dia menggemari warna tersebut sehinggakan kebanyakan barang-barang miliknya berasaskan rona itu. Katanya, merah jambu menjadi pilihan kerana warna itu tampak lembut dan comel pada matanya. Bercerita mengenai pemilihan nama blog miliknya pula, dia memilih emas putih kerana nilainya sangat tinggi yang boleh disamakan dengan maruah seorang perempuan. Jelas penuntut tahun dua di Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur itu, walaupun emas putih itu sangat berharga, namun ia jarang dijual semula. Persamaan itulah yang membuatkan dia nekad menggunakan emas putih sebagai nama samaran di internet.Bagi yang berminat untuk mengenali lebih lanjut blogger yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini, jangan lupa berkunjung ke http://www.kisahemasputih.com. -LYNN/NOORADZRENE MOHD NOOR . Sumber :  © Utusan Melayu (M) Bhd 

Yang ni hanya separuh artikel, ada banyak lagi tentang uzu tu dalam tu. Uzu pun tengah cari paper tu. esok uzu try cari lagi. Yang dah baca, thanks sebab sudi baca. hehehehehe.

Thanks kepada Kak Lynn sebab memberi peluang , thanks kepada classmate uzu, Nur Ain Syafiqah sebab teman uzu dari pagi sampai ke petang, terima kasih yang terlibat dan yang penting, thanks to readers sebab sudi baca and yang keep support uzu. Thanks sangat-sangat :)

40 comments