Aeril Zafril & Wawa Zainal Sudah Nikah 4 Februari, Dapat Cahaya Mata 24 Ogos


Memang terkejut sangat-sangat membaca pendedahan ekslusif BiPop hari ini. Mana tidaknya, sebelum ini Aeril Zafril mati-mati menafikan bahawa dirinya dan Wawa Zainal mempunyai sebarang hubungan. Tup-tup BiPop mendedahkan bahawa mereka sudah bernikah 4 Februari lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 24 Ogos.

Antara pendedahan yang dilakukan ialah Aeril dan Wawa telah mendaftarkan pernikahan mereka di Pejabat Agama Islam Daera Petaling Jaya pada 4 Februari lalu. Seorang bayi lelaki didaftarkan atas nama Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 adalah bayi milik pasangan tersebut. Bayi seberat 3.12 kilogram itu direkodkan dilahirkan di Roopi Medical Centre, Kuala Lumpur pada jam 9.25 pagi.

Mengikut siasatan lagi, rekod yang diperoleh di JPN mendapati nama bapa bayi berkenaan bernama Suharil Suhari iaitu nama sebenar Aeril. Data peribadi Aeril yang dilahirkan pada 2 Disember 1988 dan ibunya Nur Hawa Zainal Abidin (nama sebenar Wawa Zainal) yang dilahirkan pada 12 Mac 1992, nyata sama dengan identiti ibu bapa kepada bayi berkenaan.


Wawa Zainal mula menghilangkan diri sekitar Februari dan Mac dengan alasan pulang ke kampung untuk berubat penyakit misteri. Tarikh tersebut adalah sekitar tarikh dirinya dan Aeril bernikah. Nama anak mereka (Fakharuddin) diambil daripada nama watak utam filem 99 Kali Rindu yang menggabungkan mereka berdua.

Wawa dan Aeril dikatakan telah menyulam cinta sejak 3 tahun yang lalu. Adakah pembongkaran ini membuktikan bahawa Aeril dan Wawa selama ini berbohong? Kalau betul sudah berkahwin, apa salahnya beritahu kepada orang ramai. Jangan bersembunyi dan terus memberikan alasan yang tidak masuk akal. Sama-samalah kita nantikan penjelasan daripada Aeril dan Wawa. Baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca pendedahan lengkap yang dikeluarkan menerusi BiPop hari ini.

19 comments