Apa kata blogger tentang trafik blog?

Assalamualaikum



Traffic Blog ? Hari ingin mengeluarkan pendapat, pandangan, tentang Traffic Blog.

Semua blog akan ada arah tuju blog masing-masing. Ada yang gila traffic. Ada yang gila SEO. Dan banyak pandangan dari otai blog sendiri yang tidak setuju jika traffic blog diberi keutamaan kerana bagi mereka SEO yang mewujudkan traffic blog tersebut dengan sendirinya.

Traffic blog kadang-kadang penting untuk mencapai target pendapatan bagi pengguna Innity , Adsense, Komli yang mana Traffic diperlukan untuk meningkatkan pendapatan blog.

Bagi yang utamakan Ranking Alexa, mereka juga mementingkan traffic blog. Untuk mendapat ranking #1000 di dalam Malaysia bukan sesuatu yang sukar tetapi jika mempunyai traffic tinggi, memang senang nak naik. Tapi keburukannya ialah, jika tak update blog dalam masa 2 3 hari, ranking blog akan turun.. Lainlah SEO yang mana akan lahir traffic blog dengan sendirinya. Tak update pun, takpa sebab SEO tu yang buat wujudnya pembaca .

Page rank pulak memerlukan lebih kepada SEO dan selebihnya kepada traffic blog. Nak dapat PR tinggi bukanlah senang. Saya yang mempunyai traffic yang not bad ni pun still dalam Page Rank 1. Hehehe

Bagi saya sendiri, saya tak pandai sangat SEO dan disebabkan itu saya juga mementingkan traffic blog. Kadang-kadang walaupun tak guna SEO, jika entry tersebut mempunyai traffic tinggi, dan bila saya meng-google , akan ada entry saya pada 1st page sebab kemungkinan traffic entry tersebut tinggi trafficnya.

Untuk mendapat traffic tinggi kenalah mempunyai social networking yang luas dan besar contohnya mempunyai page personal yang mempunyai Like yang banyak kerana dari situlah juga wujudnya traffic blog.

So, kesimpulannya, bagi saya traffic blog penting dan saya tidak menolak blog mesra SEO sebab tengah belajar macam mana blog mesra SEO. Tak rugi belajar SEO..Tetapi Jika nak mendapat pendapatan melalui blog yang tnggi,maka perlulah ada traffic yang tinggi juga kerana pendapatan melalui traffic. Hehe. 

Sekian entry saya hari ini. Terima kasih.

Siapa nak join contest Apa kata blogger tentang traffic blog , hadiah sangat aweseome,  RM300 untuk tempat pertama , RM200 tempat kedua, RM100 tempat ketiga dan RM50 untuk 5 Top Referral. Tarikh tamat pada 30 September 2013






9 comments