4 Ahli Running Man Akan Ke Malaysia September Ini



Berita baik buat para peminat siri variasi popular SBS, "Running Man"! Big Pocket Group bakal membawa empat dari anggota rancangan tersebut ke Malaysia untuk sesi bertemu peminat. 

Menurut laman sesawang Korea.com, empat anggota "Running Man", HaHa, Kim Jong-kook, Gary dan Ji Suk-jin bakal menemui para peminat di Gedung Membeli-Belah Kenanga Wholesale City (KWC), Kuala Lumpur pada 7 September ini, selepas aktiviti mereka di Hong Kong 13 Julai. 

Beberapa aktiviti bersama peminat akan diadakan selain keempat-empat mereka menghiburkan penonton dengan bakat tersendiri. 

Tiket untuk "RACE START! in MALAYSIA RUNNING MAN FAN MEETING ASIA TOUR 2013" akan mula dijual pada 20 Julai dan pelancaran tiket istimewa (VIP dan Premium sahaja) telah pun disusun untuk memudahkan pembelian dan boleh dilakukan di tingkat 15 Kenangan Wholesale City dari jam 11 pagi hingga 5 petang. Sementara itu, tempahan secara atas talian akan bermula pada 21 Julai.

4 comments