Tajaan Penuh Petronas : Lepasan SPM Berpeluang Mengikuti Latihan Kemahiran Dan Kerjaya Dalam Bidang Minyak Dan Gas Di Sabah


Pengambilan Pelajar Lepasan SPM Memasuki "Kimanis PETROLEUM Training Centre" yang terletak di Membakut Sabah.

"Segala yuran ditaja sepenuhnya oleh PETRONAS."

Sila hantar resume, salinan IC dan salinan SPM ke email ktc@petronas..com.my atau poskan ke Kimanis Petroleum Training Centre, Lot 1, Blok A, Membakut Jaya 89728, Membakut, Sabah (Tulis KTC Application Di dpn sampul Surat)

Tarikh Tutup: 30 April 2013


Sila sebarkan untuk sesiapa yang berminat dan membantu memberi peluang untuk memasuki industri oil & gas" di Negeri Sabah.


Pusat Latihan Petroleum Kimanis di sini membuka peluang kepada penduduk Sabah, terutama mereka yang tinggal di kawasan pantai barat negeri, melibat diri dalam kerjaya industri minyak dan gas. Ini adalah satu langkah oleh Petronas dalam usaha membangunkan potensi dan mewujudkan kumpulan pekerja mahir dalam kalangan rakyat Sabah yang bakal menyertai dan menyumbang ke arah pembangunan industri minyak dan gas.

Para belia di Sabah diseru supaya tidak melepaskan peluang yang ada dan mengambil peluang mengikuti latihan kemahiran terutamanya berkaitan industri minyak dan gas. 

Sektor ini kini mula dilihat sebagai bidang yang berdaya maju dan mendatangkan pulangan yang lumayan memandangkan sektor minyak dan gas merupakan penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) bagi Sabah.

Kesemua pembangunan yang berkaitan dengan industri minyak dan gas ini dijangka memerlukan seramai 23,000 tenaga kerja menjelang 2020.

Pembangunan pesat sektor minyak dan gas di Sabah hanya mampu dijayakan sekiranya ia disokong oleh tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Program latihan melalui pusat latihan ini merupakan suatu wadah membimbing generasi muda untuk memenuhi keperluan modal insan industri ini.


15 comments