Kiram Tawar RM18,000 Ikut Berperang



Tiada siapa memikirkan mengenai keselamatan lebih 800,000 ribu rakyat Filipina di Sabah yang terdedah kepada risiko diusir dari Malaysia selepas keluarga Kiram meyakinkan pengikutnya bahawa mereka akan mendapat sokongan daripada rakan senegara.

Bukan saja rakyat Filipina terbabit tidak menyertai 'perjuangan' keluarga Kiram, malah mereka mengutuk tindakan pencerobohan berkenaan kerana ia meletakkan nyawa dan harta masing-masing dalam bahaya. 

Akibat tindakan keluarga Kiram, rakyat Filipina di Sabah terpaksa pulang ke negara asal dan tiada pekerjaan atau tempat tinggal. Bagaimana semua pihak yang mendakwa sebagai penganalisis, intelektual dan ahli akademik terlepas pandang penipuan terancang berkenaan?

p/s : Gila ke apa si Kiram ni nak ajak orang berperang. Mengerah kalah dah lah. Tak habis-II betul =.'=

4 comments