20 Perkara Pelik Tentang Blogger Malaysia


Salam

Entry ni uzu dapat dari blogger Hasrul Hassan. Just nak share kat u all.
Peringatan tuk diri sendiri jugak.


  1. Mahu trafik tinggi, tetapi tidak berusaha untuk menjadikan blog mampu menjana trafik.
  2. Ingin blog mesra SEO, tetapi blog tidak guna template mesra SEO.
  3. Mahu blog dikenali ramai, tetapi tidak mempromosikannya.
  4. Blog menjana pendapatan lumayan, tetapi tiada produk yang dipasarkan.
  5. Ingin blog mempunyai ramai follower dan pengikut, tetapi dia sendiri tidak follow atau ikut blog orang lain.
  6. Mahu blog kelihatan menarik, tetapi tidak ambil peduli pandangan blogger lain.
  7. Ingin tingkatkan ranking blog dalam Alexa, tetapi tak faham apa itu Alexa Ranking.
  8. Blog mahu berada dalam kedudukan Google Pagerank tertinggi, tetapi tidak berusaha untuk bina backlinks berkualiti.
  9. Ingin jadi blogger popular, tetapi blog tidak dipopularkan.
  10. Mahu mendapat iklan Advertorial di blog, tetapi tidak pernah sokong atau join event yang dibuat oleh penganjur produk.
  11. Ingin jadi seperti Redmummy atau Ben Ashaari, tetapi tidak pernah mahu dengar nasihat dari mereka.
  12. Mahu berinteraksi dengan pembaca, tetapi ruang komen tidak mesra. Jika ada, tidak pernah membalas komen mereka.
  13. Komen mahu banyak di setiap entri, tetapi tidak pernah tinggalkan komen berkualiti di entri blog orang lain.
  14. Mahu blog kelihatan seperti blog profesional, tetapi tiada nilai profesional dalam menulis blog.
  15. Ingin blog yang cantik dan menarik, tetapi tidak mahu belajar untuk menghasilkannya sendiri.
  16. Mahu benda percuma tetapi tidak pernah berikan kepada orang lain secara percuma - contoh: Trafik dan Promosi.
  17. Tidak suka blog kena copy-paste, tetapi ada entri yang anda buat adalah entri copy-paste.
  18. Mahu dihormati dalam dunia blog, tetapi tidak tahu menghormati blogger lain.
  19. Ingin menjadi blogger Malaysia yang hebat, tetapi tiada ciri Malaysia pun dalam blog!
  20. Ingin menjadi blogger yang berjaya, tetapi tidak sudi untuk menjadikan blogger lain berjaya

Sumber Asal: 20 Perkara Pelik Blogger Malaysia | Panduan Blogger http://www.hasrulhassan.com/2013/01/20-perkara-pelik-blogger-malaysia.html#ixzz2JPwJAu3t
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook


38 comments