Hukum Memakai Gelang Kaki


Salam Jumaat. Jumaat penghulu segala  hari.
Malam ni nak sharing info lagi.


Soalan :
Saya ada kemusykilan berkenaan dengan pemakaian gelang kaki dalam kalangan wanita. Apakah hukumnya? Bolehkah ustaz berikan hadis ataupun nas-nas yang kukuh kerana ada mengatakan boleh memakai gelang kaki tetapi dengan syarat tiada lonceng.

Jawapan :
Pendapat yang paling kuat dalam masalah ini mengharamkan memakai gelang kaki berlonceng secara mutlak.
Dalam kitab Bahrul Mazi, (syarah Sahih al-Tirmizi), yang maksudnya :

Abu Hurairah melaporkan Rasullulah berkata,"Malaikat rahmat tidak menyertai jemaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan lonceng."

Sebahagian sarjana Islam pula mengharuskan memakai gelang kaki berlonceng sekiranya di hadapan suami sahaja.
Pendapat pertama adalah lebih kuat kerana bersesuaian dengan hadis-hadis dalam bab ini.
Memakai gelang kaki tanpa lonceng pula diharuskan oleh sebahagian dengan hadis-hadis dalam bab ini.

Memakai gelang kaki tanpa lonceng pula diharuskan oleh sebahagian sarjana Islam sekalipun dipakai diluar rumah dengan syarat tidak dipamerkan sehingga boleh dilihat oleh orang lain.

Memakai gelang kaki tanpa lonceng sehingga kelihatan pada mata orang ramai adalah haram kerana kaki adalah aurat wanita yang wajib ditutup daripada terlihat oleh bukan mahramnya.

Sumber :
Buku "Anda Bertanya USTAZ AZHAR IDRUS Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa."

12 comments