Hukum Meluruskan Rambut (Rebonding)


Selamat Pagi. Sekadar berkongsi.


Soalan :
Saya ingin bertanya mengenai rebonding rambut. Boleh ataupun tidak membuat rebonding untuk tatapan suami sahaja kerana setahu saya, mengubah ciptaan Allah tanpa sebab munasabah adalah berdosa. Boleh jelaskan?

Jawapan :
Ada sarjana Islam mengharuskan teknik rebonding ini dengan syarat hanya apabila suami yang menyuruh dan wajib ditutup rambutnya apabila berhadapan dengan lelaki bukan mahram. Keharusan ini adalah kerana pengubahan yang tidak bersifat kekal kerana rambut itu akan kembali menjadi keriting selepas beberapa lama.

Pengubahan bersifat kekall tanpa uzur syarie(uzur yang dibenarkan oleh syarak) seperti pembedahan plastik menambah kecantikan adalah haram sama sekali.


sumber : BUKU "Anda Bertanya USTAZ AZHAR IDRUS Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa."



9 comments