Keindahan Pantai Bukit Keluang Besut Terengganu

Keindahan Pantai Bukit Keluang Besut Terengganu | As-salam. Lepas je selesai majlis persandingan blogger Qaseh Dalia dan KyleRil, kami ( kak sue, abg edy, yana dan najeb) terus ke Pantai Bukit Keluang Besut untuk aktiviti pre-wedding Kak Sue dan Abg Edy dan yang lain buat aktiviti santai. Hehe.

Lama weii tak nampak pantai !! Bila nampak pantai, uzu teruja sangat-sangat sebab lama tak nampak pantai hidup kat KL ni. Last nampak pantai di Teluk Cempedak kat Kuantan beberapa bulan lalu.. Pantai Bukit Keluang Besut ni cantik sangat.. bersih.. sesuai lah untuk aktiviti riadah bersama family.. Tak lupa juga ramai yang buat photoshoot outdoor weddding..
Pantai Bukit Keluang Besut adalah pantai yang unik tau sebab ada stuktur batu kat tepi pantai dan batu-batu tersebut membentuk gua... Kat sini lah port orang buat photoshoot..
Yang kat bawah ni manusia yang tiba-tiba muncul kat Pantai tu.. Yelah.. Lepas wedding tu,dia dah balik awal..Katanya dah balik ke Kota Bahru,tapi..tetiba bila sampai kat Pantai, jejaka ni terus muncul.. Fuhhhh ni mesti berat hati nak berpisah ngan kitew.. Kan? Nak buat suprise ehhh?? Hahaha...
 
Kat belakang uzu ni lah Kak Sue, her fiance, yana dan najeeb.. Sesi pre wedding theme purple kat batu dan gua-gua ni lah. Serius cun weii gambar !
Kat sini memang best tapi kelemahannya 1 je.. Takde surau.. Ada pun.. surau usang yang penuh lalang dan sangat kotor. Tak jumpa surau kat sini. Dah tanya orang kat situ, memang takde surau.. So, pihak atasan kenalah menaiktaraf kemudahkan kat sini eh. Baru selesa orang nak g jejalan...Huhuhu. Ok lah.. banyakkeje nak buat kat ofis ni. Salam semua !!

12 comments