Scha Al-Yahya Menghidap Kanser Pangkal Rahim


Scha Al-Yahya Menghidap Kanser Pangkal Rahim | Pelakon dan pengacara terkenal, Scha Al-Yahya dikhabarkan baru sahaja selesai menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan dalam rahimnya awal September yang lalu.

Doktor mengesahkan dirinya menghidap Endometriosis iaitu sejenis ketumbuhan dalam rahim.

“Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa.

“Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi,” katanya memetik laporan Metro Ahad.

Selepas menjalani pembedahan itu, doktor menyarankan pelakon kelahiran Kedah ini untuk berehat selama sebulan namun disebabkan beliau tidak boleh duduk diam, Scha hanya bercuti selama dua minggu sebelum kembali bertugas seperti biasa. 

13 comments