AWAS !! Bahaya Tidur Dalam Kereta Tidak Bergerak Dengan Memasang Aircord
AWAS !! Bahaya Tidur Dalam Kereta Tidak Bergerak Dengan Memasang Aircord - Lima keluarga meninggal dunia dipercayai sikap keluarga tersebut tidur dalam kereta terutama ketika cuaca panas. Kejadian berlaku di dalam kereta milik mereka Proton Iswara di kedai penghawa dingin di Jalan Serangkai 4, Taman Bukit Dahlia, Masai kelmarin.
Tujuan lima keluarga tersebuat dilakukan untuk memberi keselesaan kepada mereka untuk tidur, namun yang demikian tidak menyangka menjadi punca kematian lima beranak berkenaan.
Ketika ditemui, mereka dalam keadaan yang selesa tetapi malangnya cermin kereta tertutup menyebabkan gas beracun memasuki kereta. Laporan bedah siasat akan dijalankan ke atas lima mayat tersebut berikutan sample darah dan air kencing perlu dihantar ke Jabatan Kimia untuk mengenalpasti punca sebenar kematian.
Mangsa, Lim Kah Weng, 32, isterinya, Tiew Ong Nee, 34, serta anak mereka, Lim Yah Bin, 11, Lim Sim Loo, 9, dan Lim Sim Tian, 4 dipercayai meninggal dunia akibat kekurangan oksigen beberapa jam selepas tidur dalam kereta dengan penghawa dingin dihidupkan, namun kereta itu tidak bergerak.
8 comments